Custom Search

Monday, December 7, 2009

Catcheye - you play, we pay

saya ada berita bagus yang harus saya konsikan dengan anda semua..
ape yang penting..kerjasama..memang betul..

Catcheye adalah sebuah syarikat pengiklanan terbaru di Malaysia,
apa yang menariknye anda dibayar untuk setiap iklan yang anda lihat disini,
ya,mudah saja,klik2 iklan tak samapai seminit dah dapat duit,
malah mereka membayar kita sehingga level 4 secara infiniti..
katakan anda menaja 10 orang di level 1,
kemudian mereka menaja 10 orang lagi sehinggalah 4 level,
tahu tak $NAME&? awak akan peroleh RM11 jika sehari mereka klik untuk 1 iklan,
kalau sehari mereka klik 10x anda peroleh RM11x10=RM110
jika sebulan anda akan peroleh RM110x30=RM3300..
banyak tu ..
awak tak nak ke?
ayohlah sertai saya..benda ni 100% percuma..tak perlu modal
cuma perkenalkan kepada 10 orang je..benda free xkan tak boleh ajak..
untuk maklumat awak,keahlian catcheye telah mencecah 12000 orang sekarang..
jangan berlengah lagi..Ini bukan penipuan..

yang penting anda baca dulu jangan terburu-buru membuat keputusan..kejayaan anda saya turut gembira..

Why Expand Your Network?

* You will be paid for every successful referral to Catcheye.
* You will earn bonus reward points when members in your network view our ads (after the official launch).
* You will raise fund for charity by introducing more people to view our ads.

The more you expand your network, the more you will get rewarded! Subsequently, the reward points you earn on Catcheye can be exchanged for cash, gifts or other prizes.

Saya xtau nak ceritaa panjang..tapi cuba anda baca dahulu..
sila Klik Link Dibawah

DISINI

Saturday, December 5, 2009

10 KESALAHAN TERBESAR YANG BOLEH MEROSAKKAN OTAK

1.Mengabaikan pengambilan sarapan pagi
Individu yang sering mengabaikan pengambilan sarapan pagi berisiko besar untuk mengalami kekurangan gula dalam darah. Ia akan menyebabkan bekalan nutrien tidak cukup untuk dihantar ke otak lalu menyebabkan bahagian tersebut mengalami kemerosotan.


2.Terlalu banyak makan
Ia akan menyebabkan berlakunya pengerasan di bahagia arteri otak dan sekali gus memperlahankan kuasa mental.


3.Merokok
Ia menyumbang kepada pengecutan otak dan boleh menyebabkan panyakit Alzheimer


4.Pengambilan gula yang tinggi
Terlalu banyak gula boleh mengganggu penyerapan protien dan nutrien disebabkan kekurangan zat makanan dan mendatangkan kesan terhadap perkembangan otak.


5.Pencemaran udara
Otak merupakan penerima oksigen yang terbesar dalam sistem badan manusia. Apabila sering terdedah pada pencemaran udara, ia akan mengurangkan penghantaran sumber oksigen bersih ke otak dan secara langsung mengurangkan kecekapan fungsi otak.


6.Kurang tidur
Tidur memberi peluang otak berehat. Apabila seseorang mengabaikan kualiti tidur yang sempurna perlahan-lahan boleh menjejaskan sel otak sekali gus mendatangkan risiko yang tinggi untuk berlakunya kegagalan fungsi otak.


7.Menutup kepala ketika sedang tidur
Tidur dengan menutup kepala akan mempertingkatkan karbon dioksida dan mengurangkan oksigen untuk sistem badan yang boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian otak


8.Memaksa otak bekerja ketika badan tidak sihat
Ketika badan tidak sihat, secara tidak langsung juga akan memberikan efek kepada otak. Lantas memaksa diri ketika keadaan badan tidak mengizinkan mampu menyumbang kerosakan pada saraf otak pada amnya.


9.Berfikiran sempit
Berfikir merupakan latihan terbaik untuk merangsang otak. Namun, jika seseorang itu sering berfikiran sempit maka ia boleh menyebabkan berlakunya pengecutan di bahagian otak.


10.Jarang berkomunikasi
Komunikasi intelektual mampu merangsang perkembangan otak. Jika seseorang itu jarang berkomunikasi, lama-kelamaan fungsi otak mampu mengalami kemunduran.

Kita Masih Istimewa & Bernilai

Seorang pensyarah berdiri di hadapan kelas. Beliau mengeluarkan sekeping wang kertas bernilai RM50. Kemudian dia bertanya kepada pelajar-pelajarnya.


"Siapa mahu wang ini?"


Kesemua pelajar mengangkat tangan.


"Saya akan beri wang ini kepada salah seorang daripada kamu tapi biar saya buat begini dulu kepada wang kertas ini"


Pensyarah itu lalu merenyukkan dan menggumpal wang kertas tersebut.


"Sekarang siapa yang masih mahu wang kertas ini?" tanya pensyarah itu kepada pelajar-pelajarnya.


Masih ada yang mengangkat tangan. Bukan senang nak dapat RM50 secara percuma. Kemudian pensyarah tersebut menjatuhkan wang kertas yang bergumpal itu ke lantai lalu memijak dengan kasut. Wang kertas itu sekarang menjadi lebih teruk keadaannya dari tadi, bergumpal dan kotor.

Untuk Story selanjutnya sila Download

HERE

Epal & Jambu Batu

Seorang guru matematik, Cikgu Fatimah sedang mengajar murid-murid Tahun Satu. Dia bertanya kepada seorang murid yang bernama Khalil.


"Khalil, jawab soalan cikgu. Jika cikgu beri kepada kamu sebiji epal dan sebiji lagi dan sebiji lagi, berapa biji epal yang kamu ada sekarang?"


" Empat biji, cikgu"


Cikgu Fatimah mengharapkan Khalil menjawab "tiga biji". Beliau agak kecewa.


"Ah, mungkin juga Khalil tidak mendengar soalan betul-betul" fikir cikgu Fatimah.


"Khalil, dengar betul-betul. Jika saya beri kamu sebiji epal dan sebiji lagi dan sebiji lagi, berapa biji epal yang kamu ada sekarang?"


Khalil memahami kekecewaan yang jelas terbayang di wajah gurunya. Dia cuba mengira dengan menggunakan jari jemarinya. Dia juga berfikir kenapa agaknya jawapan yang diberinya seolah-olah salah pada pandangan cikgu Fatimah. Selepas beberapa lama mengira jari, akhirnya Khalil menjawab soalan guru tersebut.

Untuk Cerita selanjutnya sila download

HERE

Perjalanan Takdir yang Menakjubkan

Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumah mereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang. Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang lelaki meminta sedekah. Si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu. Tetapi sebelumnya dia bertanya dahulu kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah saya memberikan makanan kepada pengemis ini?"


Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar jawapan daripada suami yang dicintai yang telah menjawab, "Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup kembali pintu!" Dengan kuasa Allah, pada suatu ketika si suami yang menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan menderita kerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak peranda.


Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku perceraian. Tidak lama setelah itu bekas isterinya berkahwin lagi dengan seorang pedagang di kota. Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang makan bersama suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah dibuka pintu ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu.


Maka wanita itu berkata kepada suaminya. "Wahai suamiku bolehkah saya memberikan sesuatu kepada pengemis ini?" Suaminya menjawab, "Berilah makan kepada pengemis itu." Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk ke dalam rumah sambil menangis. Suaminya dengan perasaan hairan bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis kerana saya menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?"


Wanita itu menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan nada yang sedih dan sambil terisak-isak menahan tangis, "Wahai suamiku. saya sedih dengan perjalan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis yang ada di luar itu? Dia adalah suamiku yang pertama dahulu." Mendengar keterangan isterinya sedemikian, sang suami sedikit terkejut, tetapi segera ia pula bertanya "Dan tahukah engkau siapa saya yang kini menjadi suamimu ini. saya adalah pengemis yang dulu diusirnya...!"


Begitulah kisahnya, saudara-saudaraku, maka berikan sesuatu itu kepada yang haqnya. Usahlah suka menghina dan mencaci sesama kita, terutama yang kurang bernasib baik. Allah itu MAHA KUASA.

Kisah sebiji teko...

Ada sepasang suami isteri yang sangat meminati barang-barang antik dan tembikar. Ketika mereka berjalan-jalan di sepanjang kedai pada suatu hari, mereka terpandang sebiji teko yang diperbuat daripada tanah liat.


"Cantiknya teko itu. Boleh kami pegang dan lihat? Kami tidak pernah jumpa teko secantik ini." kata si isteri kepada penjual teko tersebut.


"Tentu boleh." kata penjual sambil menghulurkan teko itu kepada pasangan tersebut.


Tiba-tiba pasangan suami isteri itu seakan-akan terdengar satu suara daripada teko tersebut.


"Dulu bukan secantik ini rupa saya. Asalnya saya daripada tanah liat yang berwarna merah dan sangat hodoh rupa saya. Kemudian tuan saya menguli dan mengadun saya. Saya menjerit kesakitan sambil menyuruh tuan saya berhenti melakukan begitu pada saya tetapi dia hanya tersenyum sambil berkata, 'belum lagi.'"


"Kemudian dia meletakkan saya di atas satu roda berpusing dan saya berpusing bersama-sama roda tersebut sehingga merasa pening dan meloya. Saya menjerit lagi sambil menyuruh tuan saya menghentikan pusingan roda tersebut tetapi dia hanya menggeleng sambil berkata, 'belum lagi


Untuk cerita selanjutnya sila Klik DISINI

Air atau Besi?

Hari ini saya ingin bawakan kisah besi dan air. Secara fizikalnya kita nampak dengan nyata perbezaan di antara besi dan air. Besi, keras dan kuat sementara air, lemah dan lembik. Perbezaan inilah yang membuatkan besi sering mendabik dada kepada sahabatnya, air.


"Lihat diri aku, kuat dan keras bukan seperti kamu yang lemah dan lembik." Selalu besi berkata begitu dengan sombong sekali tapi air yang terkenal dengan ciri-ciri lemah dan lembut hanya diam sahaja mendengar besi mendabik dada.


Suatu hari, besi mengajak air berlumba melalui sebuah gua dan jurang yang penuh dengan rintangan. Pada fikirannya tentu dia akan menang kerana dia kuat dan keras.


"Barangsiapa yang dapat melalui gua dan jurang itu dengan selamat tanpa kecederaan, maka dialah yang menang" kata besi. Air bersetuju dan mereka pun memulakan perlumbaan tersebut.


Rintangan pertama ialah mereka terpaksa melalui pintu gua yang dipenuhi dengan batu-batu yang keras dan tajam. Besi menunjukkan kekuatannya dengan menghentakkan dirinya ke batu-batu tersebut. Keras berlawan dengan keras, tentulah ada yang tercedera. Besi mengalami kecederaan pada tubuhnya. Sementara air melawan kekuatan batu-batu itu dengan kelembutan. Ia menjatuhkan dirinya setitis demi setitis sehingga batu-batu itu terhakis sedikit demi sedikit dan akhirnya air dapat melintasi batu-batu yang tajam itu dengan selamat tanpa kecederaan. Sudah Justify Fulltentu air menang dalam rintangan yang pertama.


untuk berita seterusnya sila download

HERE

Kita, Persekitaran & Kehebatan

Perjalanan tiga botol minuman "diet coke" bermula dari sebuah kilang yang terletak di pinggir sebuah bandar. Ketiga-tiga botol itu telah bersiap sedia untuk di hantar ke destinasi masing-masing oleh sebuah lori penghantaran.


Destinasi botol pertama adalah di sebuah pasaraya tempatan. Botol ini diturunkan di sini dan ditempatkan di atas sebuah para bersama dengan botol-botol minuman yang lain. Dia diletakkan tanda harga RM3.


Destinasi botol kedua pula adalah di sebuah restoren di bandar. Botol itu di tempat di dalam peti sejuk, tempat yang nyaman dan selesa dan dia diberi tanda harga RM5.


Botol yang ketiga dibawa ke destinasi yang paling "exclusive" iaitu hotel bertaraf 5 bintang. Botol minuman yang ketiga ini tidak dipamerkan di tempat yang terbuka di hotel itu. Ia hanya akan dikeluarkan bila ada pelanggan yang memesan. Bila ada pelanggan yang meminta minuman ini, ia akan dihidangkan di dalam sebiji gelas kristal yang berkilau bersama beberapa ketul kiub ais. Pelayan hotel akan membuka penutup dan menuang minuman tersebut ke dalam gelas dan menghulurkan kepada pelanggan dengan sopan. Harga yang diletakkan pada minuman yang ketiga ialah RM10.


Mengapa ketiga-tiga botol "diet coke" itu memiliki harga yang berbeza padahal ia diproses di kilang yang sama dengan cara yang sama, dihantar ke destinasi dengan lori penghantaran yang sama bahkan rasanya juga tidak ada bezanya? Bagaimana kisah "diet coke" di atas boleh dikaitkan dengan kehidupan kita?

Untuk berita selanjutnya sila download

DISINI


Sikap positif... Menuju Kejayaan

Sepasang suami isteri mempunyai dua orang anak lelaki yang telah meningkat remaja. Keluarga itu menjalankan perniagaan kedai runcit. Perniagaan mereka semakin hari semakin maju dan si ayah membuka satu lagi cawangan yang tidak jauh dari kedai pertama.


Malangnya, tidak lama kemudian si ayah jatuh sakit. Menyedari bahawa penyakitnya tidak akan sembuh, si ayah memanggil kedua-dua orang anak lelakinya untuk disampaikan pesanan dan wasiat.


"Ayah rasa telah sampai masanya untuk ayah meninggalkan dunia ini. Sebelum itu ayah ingin berpesan kepada kamu berdua supaya menjaga ibumu dengan baik setelah ayah tiada" kata si ayah dengan suara yang terketar-ketar.


"Kedai kita yang dua buah itu hendaklah dibahagi sama rata di antara kamu berdua dan ayah ingin berpesan dua petua tentang kedai itu:
Pertama: Jangan sesekali menagih hutang kepada orang yang berhutang
Kedua: Dalam perjalanan pergi dan balik, hindarilah wajah kamu dari terkena sinaran matahari"


Selepas menyampaikan pesanan dan wasiat, si ayah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dua orang anak lelakinya memang baik. Mereka menjaga ibu dengan sempurna sekali di samping meneruskan perniagaan kedai runcit peninggalan ayah mereka.


Setelah beberapa tahun berlalu, perniagaan si abang bertambah maju manakala perniagaan si adik agak merosot. Si ibu merasa agak kehairanan lalu bertanya kepada anak-anaknya.

Untuk cerita penuh sila klik

DISINI

Bersyukurlah

Jika anda tinggal di rumah yang baik, memiliki cukup makanan dan dapat membaca ...
anda adalah sebahagian dari kelompok terpilih.

Jika anda bangun pagi ini dan merasa sihat ...
anda lebih beruntung dari jutaan orang yang mungkin tidak akan dapat bertahan hidup minggu ini.

Jika anda tidak pernah merasakan bahaya perang,kesepian kerana dipenjara, kesakitan kerana penyiksaan, atau kelaparan ...
anda berada selangkah lebih maju dibandingkan 500 juta orang di dunia.

Jika anda dapat menghadiri pertemuan politik atau keagamaan tanpa merasatakut akan dilecehkan, ditangkap, disiksa, atau mati ...
anda beruntung, kerana lebih dari 3 million orang di dunia tidak dapat melakukannya.

Jika anda memiliki makanan di peti sejuk, baju-baju di almari pakaian, dan memiliki atap yang menaungi tempat anda beristirehat ...
anda lebih kaya dari 75% penduduk di dunia ini.

Jika anda memiliki wang di bank, di dompet, dan mampu membelanjakan sebahagian wang untuk menikmati hidangan di restoran ...
anda merupakan anggota dari 8% kelompok orang-orang kaya di dunia.

Jika orang tua anda masih hidup & menikmati kebahagiaan kehidupan pernikahan mereka ...
maka anda termasuk salah satu dari kelompok orang yang dikategorikan
bahagia.

Jika anda mampu menegakkan kepala dengan senyuman dibibir dan merasa benar-benar bahagia ...
anda memiliki keistimewaan tersendiri, kerana sebahagian besar orang tidak memperoleh kenikmatan tersebut.

Jika anda dapat membaca teks ini ...
anda baru saja menerima kurnia berganda, kerana anda jauh lebih beruntung dibandingkan lebih dari 1 million orang yang tidak dapat membaca sama sekali

Semoga anda menikmati hari yang indah ini.

Hitunglah kurnia keuntungan anda, dan sampaikan hal ini kepada orang lain
untuk mengingatkan bahawa sebenarnya, kita adalah orang-orang yang sangat
beruntung.

Dengan bersyukur, anda akan lebih menikmati hidup yang hanya sebentar ini.

Hikmah Di Sebalik Musibah ...

Musibah adalah salah satu dari bentuk kasih sayang Allah swt kepada hambaNya yang masih mempunyai harapan untuk berubah ke arah kebaikan dan berkesempatan masuk syurga. Dan setiap musibah yang datang seharusnya disyukuri, kerana ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.

Allah swt akan memberi imbalan di akhirat nanti atas apa sahaja yang menimpa hambaNya di dunia, sekalipun hanya tertusuk duri. Mungkin musibah yang menimpa adalah merupakan kepada balasan atau kifarah ke atas dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Oleh itu, kita harus bersyukur kerana Allah swt tidak menunda pembalasan dosa-dosa kita di akhirat kelak. Ada kurnia dari Allah swt yang tidak dapat didapati dengan ibadah solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya tetapi hanya didapati dengan musibah. Orang-orang yang dicintai oleh Allah swt akan diberi musibah agar hatinya hancur, sehingga hidayah mudah meresap ke dalam hatinya.

Hati yang keras ibarat batu tidak dapat ditembus oleh air, tetapi tanah yang lembut mudah menyerap air. Maka hati orang yang beriman akan lembut dengan musibah. Sabda Rasulullah saw, "Apabila engkau melihat seseorang yang memperoleh kenikmatan dunia padahal dia sering melakukan kemaksiatan, maka ketahuilah bahawa itu adalah istidraj (Penundaan azab dari Allah swt), seperti seseorang yang diberi seutas tali yang dengan tali itu dia dibiarkan menggantung dirinya sendiri".

AQIQAH

Hukum Aqiqah

Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadiwajib.

Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawaRasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)



Untuk berita selanjutnya sila Klik DISINI

Saturday, October 10, 2009

Memerdekakan Jiwa Hamba

Angka 52 sebenarnya menggambarkan sifat kematangan dan kebebasan diri seseorang dalam menyelusuri ruang-ruang hidup. Hari ini, genap 52 tahun negara kita bebas daripada cengkaman penjajah-penjajah zahir yang telah mewarnai sejarah tanah air. Kemerdekaan hakikatnya membawa erti yang besar dalam diri seseorang insan. Namun ironinya pada hari ini, kita diperlihatkan dengan ketidakmatangan dan tingkah laku serong masyarakat Malaysia, khususnya para remaja Melayu. Kebebasan telah disalahertikan sehinggakan setiap anasir barat dicedok dan ditiru, ibarat pupusnya jati diri sebagai umat islam di Malaysia.

Masalah ini tidak akan timbul seandainya kita menghayati erti sebenar sebuah kemerdekaan. Kemerdekaan sebenarnya bukan semata-mata mendefinisikan sifat patriotik sesebuah bangsa, sebaliknya ia amat berkait rapat dengan hakikat dan fitrah setiap insan. Jiwa yang merdeka bererti jiwa yang bebas daripada cengkaman anasir-anasir luar yang menghalang diri mereka daripada memenuhi fitrah.

Untuk artikel penuh sila klik

DOWNLOAD

Monolog Keinsafan

Ketika sedang membasuh pinggan untuk memberi laluan kepada rakan serumahku untuk memasak, aku terdengar suara muazzin bergema melaungkan azan Asar… ketika itu,terdetik di hatiku… alangkah pengasihnya Dia yang mencipta diriku... sudi memanggilku lima kali sehari untuk menghadapNya walau aku seringkali sahaja melupakanNya malah 'mencabarnya' dengan maksiat-maksiat yang aku lakukan…hiba rasanya di hati mengenangkan rahimnya Tuhanku… seperti kata-kata seorang pendakwah yang pernah ku dengar…'so close He is, no matter how far you are..'.

Aku bertambah hiba bila terkenang sebuah hadith yang Nabi cerita bahawa Allah turun ke langit dunia setiap malam…hiba dan tersentuh mengenangkan Tuhanku tak jemu-jemu turun setiap malam untuk menawarkan rahmatNya serta keampunanNya kepadaku walaupun aku dan kebanyakan manusia-manusia lain terus tidur setiap malam tanpa tergerak sikitpun untuk bangun. Subhanallah…Kau sentiasa sudi memanggilku 5 kali setiap hari… Kau tak jemu-jemu memanggilku untuk bangun setiap malam untuk Kau tawarkan padaku rahmat dan keampunanMu… walaupun hakikatnya diri ini jarang sekali mengingatiMu malah seringkali pula berbuat maksiat kepadaMu… sungguh Engkau Maha Baik… dan sungguh aku benar-benar zalim terhadap diriku sendiri!

Untuk artikel selanjutnya sila

DOWNLOAD

Kisah Benar - Pakai Tudung

"Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan.

Untuk artikel penuh sila klik

DOWNLOAD

Keinsafan (Perbualan antara Iman & Diri)

Iman : Assalamualaikum bos..
Diri : Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Lama tak nampak
awak. Awak cuti ker?
Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..
Diri : Laa.. Kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya
berterabur sekarang bila jabatan awak takde..
Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.
VCD,SMS,TV.. Jadi kami rasa terpinggir..
Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji
mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa
gaji,tapi banyak gak duit saya habis…Entah ar…
Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al-Quran,
zikir, ma’thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka.. Kami
memang tak boleh bercampur dengan mereka..
Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti..

Untuk artikel penuh sila Klik

DOWNLOAD


Tuesday, September 29, 2009

Pencipta dan Barang Yang Dicipta

“Tolong baiki televisyen saya yang rosak ini” minta seorang pakcik tua.

“pakcik silap hantar ni, saya bukan pembaiki televisyen tapi saya membaiki peti sejuk” ujar seorang mekanik sebuah kedai membaiki peti sejuk.

Dunia dan penghuninya sekarang yang sudah tua, diibaratkan sebagai pakcik tersebut, tidak lagi dapat mengenal pasti kemanakah yang patut dituju. Siapakah yang lebih berhak dan arif untuk membuat sesuatu polisi? Undang-undang manakah yang hendak digunakan keatas pesalah-pesalah? Allah sebagai pencipta manusia, amat kenal dan mengetahui yang baik dan yang buruk kepada manusia itu sendiri. Tetapi atas dasar keangkuhan dan kesombongan manusia, mereka tidak mengiktiraf beberapa perkara yang telah ditetapkan oleh Allah sebaliknya mengiktiraf perintah atau perkara yang memberikan manfaat dan keuntungan yang selari dengan kehendak kemahuan mereka.

Satu catatan sejarah telah terpahat. Pada abad 20-an, amerika syarikat yang memandang arak ini suatu yang memburukkan masyarakatnya dan menurunkan produktiviti negera mereka , menginginkan agar arak ini diharamkan dikalangan masyarakatnya. Pelbagai kempen kesedaran, pengiklanan, pengerahan jentera kerajaan dan polis digunakan bagi memastikan masyarakat mematuhi undang-undang pengharaman arak yang digubal. Sejumlah hampir 20juta dolar telah dihabiskan bagi tujuan tersebut. Apa yang didapati, masyarakat tetap dengan pendirian dan budaya mereka. Beratus ratus orang yang tetap mengekalkan tradisi meminum arak ini ditahan dan diseksa, tetapi tiada keinsafan terukir. Kerana melihatkan tuntutan rakyatnya yang bangkit serta bertegas mahukan peraturan ini dimansuhkan, kerajaan ketika itu terpaksa akur.

Sejarah yang berbeda dikala zaman Rasulullah, tempayan-tempayan arak dihempas begitu sahaja sebaik turunnya ayat larangan meminum arak. Pada zaman tersebut, arak ini boleh diibaratkan seperti minuman harian biasa bagi mereka namun atas dasar kesedaran ini mereka menuruti perintah Allah ini.

Hukuman, Antara Keperitan, Malu dan Penginsafan.

Tidak kita nafikan apa yang dinamakan sebagai ‘hukuman’ itu merupakan suatu yang memberikan keperitan atau malu kepada orang disabitkan keatasnya. Seorang guru memberikan denda kepada pelajarnya kerana tidak menyiapkan tugasan dengan meminta pelajar tersebut berdiri luar kelas, denda atau hukuman ini walau tidak memberikan keperitan fizikal tetapi ia memberikan perasaan malu pelajar tersebut kepada pelajar-pelajar lain yang memandangnya. Namun niat yang diingin oleh guru tersebut untuk pelajar tersebut menginsafi perbuatannya adakah akan tercapai dengan hukuman ini?

DOWNLOAD untuk dapatkan artikel penuh.

Thursday, September 24, 2009

Fadhilat Surah Yasin

Surah Yasin merupakan surah yang popular di kalangan masyarakat melayu. Surah ini sering dibaca secara tetap pada setiap malam Jumaat. Surah ini juga dibaca setelah diadakan solat hajat bila musibah menimpa kaum muslimin. Bila ingin memasuki rumah baru pun dibaca surah Yasin. Bila tiba hari-hari kebesaran seperti sambutan tahun baru, sambutan kemerdekaan dan hari pahlawan surah inilah yang menjadi pilihan untuk ditadarus secara beramai-ramai.

sila DOWNLOAD untuk artikel selanjutnya.

SEBUTIR KURMA

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham
berniat ziarah ke Mesjidil Aqsa. Untuk bekal di
perjalanan, ia membeli 1kg kurma dari pedagang tua di
dekat Mesjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan
dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak
didekat timbangan. Menyangka kurma itu sebagian dari
yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.

sila DOWNLOAD untuk cerita penuh.

MURTAD BUKAN HAK ASASI

Malaysia adalah sebuah Negara Islam. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Perkara 11 Perlembagaan pula memperuntukan “Tiap-tiap orang adalah berhak
menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada fasal (4)
mengembangkan ugamanya”. Daripada peruntukan ini jelas orang Islam berhak
menganuti dan mengamalkan agamanya, iaitu Islam sebagai cara hidup mereka.
Fasal (4) menyebut undang-undang boleh dibuat untuk mengawal atau menyekat
pengembangan apa-apa i’tiqad atau kepercayaan agama lain terhadap umat Islam.

DOWNLOAD untuk artikel penuh.

AWAS! ARTIKEL MENGHINA ISLAM

Objektif pertama syariah ialah bagi memelihara agama Islam. Ia salah satu
daripada lima maqasid syariah. Dalam konteks sebuah negara, Islam telah
menetapkan tanggungjawab memelihara keluhuran dan kesucian agama Islam
adalah terletak di bahu pemerintah. Di sini kerajaan berperanan menjalankan
prinsip hirasat al-din wa ‘imarat al-dunya (pemeliharaan agama dan
pembangunan duniawi) berteraskan siyasah syar’iyyah. Menurut Ibnu ‘Aqil;
siyasah syar’iyyah itu ialah apa jua perbuatan yang mampu mendekatkan
manusia (rakyat) kepada kebaikan dan menjauhkan mereka daripada
kebinasaan walaupun tidak disyariatkan oleh Rasulullah SAW dan tidak
diturunkan oleh wahyu (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb
al-‘Alamin, j.6, hal.26)

sila DOWNLOAD artikel ini.

Wednesday, September 23, 2009

SEDUTAN KHUTBAH BULANAN

1. ILMU MENJANA KEMAJUAN UMMAH

Islam menganjurkan umatnya agar mencari ilmu di samping mempertingkatkan penguasaan dan kemahiran demi mempertabatkan diri, masyarakat agama dan negara. Ilmu pengetahuan merupakan aset utama dalam kehidupan setiap insan. Islam telah meletakkan kedudukan ilmu pengetahuan sebagai pencetus kebahgiaan manusia di dunia dan akhirat. Ilmu berada pada tahap yang tinggi dalam membina tamaddun kehidupan manusia. tanpa ilmu pasti hidup kita berada dalam kemunduran dan kemiskinan.

Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa ketinggian ilmu pengetahuan merupakan ukuran dalam membezakan antara kemajuan dan kemunduran sesuatu bangsa. Firman Allah SWT melalui surah az-Zumar ayat 9 yang bermaksud: "...Katakanlah adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui, sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna:.

Ilmu pengetahuan juga merupakan unsur penting dalam usaha kita mencapai tahap kesempurnaan iman kepada Allah Taalla kerana kedudukan ilmu tidak dapat dipisahkan dengan amalan yang dilakukan oleh seseorang muslim untuk memelihara imannya.

Sesungguhnya dengan ilmuhidup kita menjadi lebih teratur dan terarah. Para Hukama' ada menyebutkan bahawa: "Sesungguhnya insan bukanlah semata-mata diukur pada keturunan, kedudukan, kekayaan,, rupa paras atau warna kulit semata-mata, tetapi ianya dinilai dari segi keilmuan, keimanan serta ketakwaan kepada Allah SWT".

Sesunggguhnya Alllah SWT telah memberikan jaminan kepada hamba-hambanya yang berilmu, beriman dan beramal kepadanya dengan mendapat darjat yang tingggi. ini kerana dengan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dan keimanan yang teguh akan melahirkan insan yang mulia di sisi Allah. Firman Allah di dalam Surah al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud: "Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pegetahuan beberapa darjat dan (ingatlah) Alllah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan".

Ada lagi..sila DOWNLOAD untuk khutbah penuh.

Taubat Para Wali

Zun Nun Al-Misri mendengar bahawa ada seorang yang sangat alim dan zuhud, maka pergilah dia ke sana untuk belajar. Sesampainya di sana dia menjumpai seorang lelaki menggantungkan dirinya pada sebatang pokok dengan kepala ke bawah. Orang itu berkata: “Wahai diri! Tolonglah aku dalam mentaati Allah. Kalau tidak nescaya aku akan hukum engkau dalam keadaan seperti ini sampai engkau mati kelaparan.”

Untuk cerita penuh sila DOWNLOAD

Kesabaran Imam Al-Baqir dan Taubat Orang Nasrani

Seorang Nasrani bermaksud mengejek-ejek Imam Muhammad bin Ali bin Husain yang digelar orang dengan panggilan “Al-Baqir” (yang luas pentahuannya). Orang Nasrani itu berkata kepadanya: “Engkau adalah baqar (lembu).” Maka Imam Baqir menjawab dengan penuh kelembutan: “Bukan, tetapi saya adalah Al-Baqir.”

Orang Nasrani tersebut tidak menghiraukan jawapan itu. Selanjutnya ia berkata: “Engkau adalah anak seorang tukang masak. Engkau adalah anak seorang wanita hitam yang mulutnya berbau busuk.”
Al-Baqir menjawab: “Seandainya engkau benar, maka aku doakan semoga wanita itu diampuni oleh Allah, dan jika engkau bohong, maka aku doakan semoga Allah mengampunimu.”

Ternyata sikap lemah-lembut dan pemaaf yang dimiliki oleh Imam Muhammad bin Ali bin Husain itu telah menimbulkan rasa kagum pada diri orang Nasrani tersebut, sehingga akhirnya diapun bertaubat untuk tidak mengulangi lagi perangai buruknya itu dan menyatakan dirinya masuk ke dalam agama Islam.

Panglima Romawi yang Bertaubat

Dalam kegemparan terjadinya peperangan Yarmuk, salah seorang panglima Romawi yang bermana George memanggil Khalid bin Walid. Kedua orang paglima itu saling mendekat sampai kedua kepala kuda mereka saling bertemu.

Kepada Khalid, George bertanya: “Wahai Khalid, aku meminta kamu berbicara dengan jujur dan jangan berdusta sedikitpun, kerana Tuhan Yang Maha Mulia tidak pernah berdusta, dan jangan pula kamu menipuku, kerana sesungguhnya orang yang beriman itu tidak akan berdusta di sisi Allah.”




Untuk cerita penuh sila DOWNLOAD

Musibah beri peringatan mendorong keinsafan

MUSIBAH menguji kekuatan iman seseorang. Orang yang kuat imannya pasti berjaya menghadapi ujian yang tersedia ganjaran besar. Mereka bersabar dan reda dengan ketentuan Allah, menghadapinya dugaan dengan perasaan dan fikiran positif.

Untuk cerita penuh sila Klik DOWNLOAD

Tudung Kepala: wanita ditakut-takutkan

Dalam hidup ini Allah swt akan memberi kita kesedaran dan keinsafan jika dikehendakiNya.

Contohnya perempuan yang tidak memakai tudung: Di Mekah seorang pramugari telah koma dan apabila dia sedar dia berkata " Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma, kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak di tarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.



untuk cerita selanjutnya Klik DiSINI to Download

Ramadan menggamit keinsafan, mengisi bekalan iman dan takwa

Ramadan bulan ajaib sudah tiba. Keinginan untuk mendekat, serta merta bertambah. Sebuah tarikan yang kuat. Kita ingin menjadi manusia baru melalui proses The Power of 30 days.

Bulan retreat, segala perlakuan biasa kita, kita tinggalkan pada genap 30 Sya'aban, melangkah masuk ke hari pertama ramadan dengan program komprehensif, bertubi-tubi.

Hari biasa,jadual sarapan, makan tengahari dan malam, kini kita berlapar. Haus.

Lintasan fikiran kita terus ke Padang Mahsyar dengan segala kehausan dan kelaparan, lama dan berat. Tidak tertanggung.

Bukankah, timbul keinsafan untuk kita menjadi manusia baik yang tidak akan kelak menderita tanpa sesiapa menjenguk menghulur segelas Coca Cola di Perhimpunan Pembalasan yang ngeri itu.

Perut yang kita rajakan selama ini mengempis, membakar lemak-lemak yang telah kita kumpulkan setahun lamanya, lalu tidakkah hati tertumpah kepada para fuqara�, anak-anak yatim dan mereka yang melarat, di mana kelaparan adalah hiasan hidup mereka.

Hati kita menjadi lebih syahdu. Keinsanan seorang insan. Dan keihsanan seharusnya segera memancar, lalu anda menjadi pemurah. Bukankah itu selanjutnya menambahkan pertautan kasih sesama insan concern and caring?

Paling tidak, anda hulurkan semangkuk kuah, pada jiran anda, kata Rasulullah.

Kita dahulukan dengan sahur. Kita dipaksa, ya, dipaksa 30 hari dalam setahun untuk bangun pada waktu yang sukar, tapi penuh berkat. Waktu Tuhan menjanjikan pengampunan dan kurnia, waktu si mukmin bertekuk ".. pada waktu Sahur, mereka memohon keampunan..." (Surah az Zaariyat, ayat 18).

Al-Quran? Ia 'emel Tuhan untuk kita. Tapi kesibukan kita, atau sebenarnya sikap tak endah kita, kita lupa membaca warkah yang mahal itu. Kita, kita gelarkan diri kita para pejuang Islam, juga lupa mentelaahnya..ah? Ramadan merayu kita untuk berfikir semula tentang Quran dan kita.

Dalam qiam Tarawih yang indah dan dalam sayup suara di mana-mana, alunan Quran membawa kita membacanya dari lembar ke lembar, sehingga tamat.

Suluhan petunjuknya kita sematkan di dada, kisah dan teladan kita telusuri semula, hikmah dan maknanya, kita studi sekali lagi. Harapan dan suruhannya, kita perkukuhkan azam menghayatinya.

Larangannya, kita tidak biarkan ia berlalu tanpa menyentuh hati kita untuk berubah.

Bulan ulangkaji. Bulan koreksi diri. Bulan mengisi tangki bekalan iman dan taqwa. Bulan kesabaran. Jika ada yang mengherdik dan menyakiti hati anda, katakanlah pada mereka, "Saya berpuasa. Saya berpuasa. Saya berpuasa."

Ia tidak mudah. Tapi kan Ramadan itu meninggalkan yang buruk-buruk di pagar harinya yang pertama.

Kata Rasulullah, berapa ramai orang yang berlapar, berdahaga dan berdiri malam, ia hanya sia-sia? Malang sekali. Ini yang seharusnya paling kita takuti. Dalam asyik mengejar ganjarannya, kita terlepas semuanya.

Bukankah ini sahaja sudah cukup untuk mentransform individu dan masyarakat Islam seluruhnya melalui Ramadan al-Karim?

Ahli Parlimen, para Menteri dan pembuat dasar, karyawan, pengarang dan penulis, peniaga, pekerja, berpuasa dengan ingatan ini, mana lagi kacau bilau dan hiruk pikuk yang tidak menentu dalam masyarakat Malaysia kita?

Munasabahlah, Allah menjanjikan keampunan kepada hamba-Nya yang 'berpuasa' dengan keimanan yang penuh.

Berikanlah kami peluang mengutip kuntum-kuntum pahala yang mekar mewangi di ramadan-Mu, wahai Maha Pengasih. Jambangannya menghiasi Malaysia Baru dengan pemimpin dan rakyat yang bertakwa, satu masa. Teduhan dan bekalan kami untuk ke syurga-Mu.

Alangkah bahagianya, sekali lagi Engkau izinkan aku menemui ramadan-Mu yang Pemurah.

Tangisan Keinsafan Pembersih Dosa

Bangun dan sujud pada tengah malam adalah amalan Rasulullah serta para sahabat. Saidina Abu Bakar al-Siddiq adalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang amat penyedih. Hatinya begitu lembut, sensitif dan cepat tersentuh mendengar ayat Allah.
Saidina Umar pula suka mengingatkan dirinya terhadap hari perhitungan. Wajahnya diguris bekas aliran tangisan yang terus-menerus mengalir mengingat hari perjumpaan dengan Allah kelak.
Tangisan adalah ubat bagi hati yang keras. Ia mendatangkan cahaya dan membersih daripada kekotoran dosa, manakala berlebihan tertawa dan bersenda gurau membawa kepada kelalaian, mengeraskan hati dan mengeruhkan kesuciannya.
Ada beberapa alasan mengapa orang beriman perlu menangisi dirinya.

A) DIA TIDAK TAHU QADA DAN QADAR ATAS DIRINYA.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "... Maka, demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang mengerjakan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga itu melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan amal ahli neraka maka masuklah ia ke dalamnya. Dan seseorang mengerjakan amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak di antaranya dengan neraka kecuali sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu dia pun mengerjakan amalan ahli syurga maka masuklah dia ke dalamnya." (HR al-Bukhari dan Muslim).
Siapakah yang boleh menjamin nama kita termasuk dalam senarai ahli syurga? Tidakkah hal itu petanda bahawa kita tidak berkuasa menolong diri sendiri? Letakkanlah diri kita sentiasa dalam keadaan cemas, takut dan harap kepada Allah. Caranya dengan banyak menangis dan memohon pertolongan-Nya.

B) MENANGISLAH KERANA INGAT TERHADAP MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR.

Siapakah yang menjadi teman untuk seorang pengantin yang memakai helaian kafan? Ditinggalkan sendirian menanggung nasib, meratapi kepergian orang yang menghantar ke kuburnya. Jangan pergi! Mana anakku, isteri dan saudara mara yang dulu mengasihiku? Semua hartaku, siapa yang menghabiskan segala jerih payahku selama ini? Lubang itu terlalu sempit, tempat cacing dan ulat menggigit-gigit.
Siapakah yang mahu menolong aku, menemani dan membela diriku? Di mana sembahyang, puasa, haji dan sedekahku? Datanglah selimuti aku daripada kepedihan seksa ini. Di mana bacaan al-Quran, zikir dan kelembutan lidah yang pernah mengeluarkan kata-kata yang baik?

C) MENANGIS KERANA INGATKAN HARI PERHITUNGAN.

Sabda Rasulullah SAW : "Orang yang muflis di kalangan umatku ialah: Seseorang datang pada hari kiamat dengan pahala sembahyang, puasa dan zakat. Tetapi, dia pernah mencaci si polan, menuduh si polan, menumpah darah si polan dan memukul si polan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi sehingga apabila habis pahalanya, sedangkan belum semua terbayar, maka akan diambil ganti dari dosa orang itu dan dibebankan kepadanya dan dia dicampakkan ke dalam neraka kerananya." (HR Muslim)
Ingatlah keaiban diri yang terlalu banyak untuk dihitung, jangan sibuk menyebut aib orang lain. Semua orang di sekeliling kita tidak dapat menolong kecuali amal ibadat yang dilakukan dengan keikhlasan.
Pada tengah malam yang dingin, bangun dan berdirilah tanpa diketahui oleh manusia yang asyik bermimpi, sujud dan bacalah doa yang panjang bersama bacaan al-Quran dan zikrullah juga istighfar.
Amalan ini menjadi kebiasaan Rasulullah SAW dan sahabatnya serta menjadi ikutan orang salih yang mahukan ketenangan jiwa pada akhir zaman ini. Ubati kegelisahan, tekanan dan kesakitan jiwa dengan menangis, solat dan zikrullah.

Selingkar Keinsafan…

Diri ini lelah menghadapi hari-hari di sini…lelah untuk berlari mengejar impian yang satu tapi diri ini lupa dengan ‘tugasan’ yg ALLAH berikan…diri ini takut untuk meghadapi hari-hari esok…hanya harapan dan keajaiban yang tinggal….kesabaran hanya tinggal senipis kulit bawang….ya ALLAH bagaimana aku mampu berdiri dengan kekuatan yang hanya senipis-nipis kulit bawang….aku lemah,tikar sejadah menjadi saksi tersungkurnya aku di sisi ALLAH….melihat keajaiban ALLAH….air mata menjadi ubat di atas keinsafan..

Seperti hadis Rasulullah s.a.w mafhumnya, dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka ialah air mata yang menangis kerana takutkan ALLAH dan mata yang berjuang di jalan ALLAH

Hanya ALLAH yang menjadi tempat aku mengadu…hebatnya kuasa ALLAH tak terungkap betapa hati ini lapang…seperti ALLAH berinteraksi denganku SUBHANAALLAH

Lewat tgh malam air mataku mengalir membasahi hati yg gersang….gersang dgn kasih sayangMU,gersang dengan ayat-ayat cintaMU…aku lemah untuk menggalas beban yg KAU berikan tapi aku tak nafikan bebanan tu mematangkan diri ini bahawa kita tidak selalu berada dia atas…

Lembaran AL-Quran kelihatan kabur dek air mata yang terus-terusan mengalir…keinsafan menjerat diri ini…Ya ALLAH….baru kali ini aku rasa sgt cintakanMU …ampunkan aku ….ampunkan aku….ampunkan aku

Aku mengerti ya ALLAH Kau ambil insan yang aku sayang tapi Kau gantikan aku dengan cintaMU …Berbahagialah kamu di sana…aku tidak akan menangis kepada insan yang hanya sebentar singgah di duniaMU sedangkan yang kekal adalah cintaMU….mengalirlah wahai air mata…mengalirlah kerana takutkan ALLAH…mengalirlah sepuas-puasnya dia atas dosa-dosa lampau moga terkuburnya dosa-dosa tersebut. Hinanya insan yang bernama hamba.

Ya ALLAH…moga hati in beristiqamah ke jalanMU…Kau bangkitlah aku dari lena yang panjang….Kau sedarkanlah aku dari angan-angan…Kau bantulah aku….Rinduku padaMU tak pernah padam….HambaMU yang hina.

Mengingati kiamat bangkit keinsafan

AL-QURAN adalah kitab dan mukjizat paling indah. Keindahannya bukan sekadar untuk diperdengarkan bacaannya tetapi diambil perhatian mengenai peringatan dan ancaman yang dijelaskan dalam ayatnya sebagai menambahkan ketaatan manusia kepada Allah pencipta semesta alam.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Apabila matahari digulung dan bintang berjatuhan dan apabila gunung dihancurkan dan unta yang bunting ditinggalkan tidak dipedulikan dan apabila binatang liar dikumpulkan dan lautan dijadikan meluap dan apabila roh dipertemukan dengan tubuh, bayi perempuan dikuburkan hidup-hidup ditanya kerana dosa apakah ia dibunuh, dan apabila catatan amal perbuatan manusia dibuka dan langit dilenyapkan dan apabila api neraka jahim dinyalakan dan syurga didekatkan, maka setiap jiwa akan mengetahui apa yang sudah dikerjakannya, sesungguhnya Aku bersumpah dengan bintang yang beredar dan terbenam demi malam apabila sudah hampir meninggalkan gelap dan demi subuh apabila fajarnya mula menyingsing, sesungguhnya al-Quran itu benar-benar firman Allah yang dibawa oleh utusan mulia yang mempunyai kekuatan, kedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai arsy ditaati lagi dipercayai.” (Surah at-Takwir, ayat 1-21)

Rasa takut dan cemas terbayang menekan kita. Ketakutan meliputi seluruh alam dan mencemaskan jiwa serta menggoncang dada. Malah, ketakutan mencengkam seluruh bumi dan langit yang digerakkan lagi oleh ketakutan dan digentarkan pula oleh firman-Nya.\

Allah berfirman yang bermaksud:

“Apabila terjadi hari khiamat, tidak seorang pun dapat berdusta mengenai kejadiannya. Kejadian itu merendahkan satu golongan dan meninggikan golongan yang lain. Apabila bumi digoncang sedasyatnya dan gunung dihancur luluhkan sehancurnya, maka jadilah debu yang berterbangan.” (Sural al-Waqiah, ayat 1-6)

Pada saat lain, ketakutan itu terlintas dalam bayangan dan bergoncang perasaan. Semua itu sebagai peringatan kepada kita untuk menambah ketaatan dan ketakwaan.

Firman Allah yang bermaksud:

“Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu, sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang besar dan dasyat. Ingatlah pada hari ketika kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya. Dan gugurlah kandungan semua wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk akan tetapi azab Allah itu sangat kerasnya.” (Surah al-Hajj, ayat 1-2)

Demikian gambaran demi gambaran yang ditampilkan Allah mengenai pemandangan hari kiamat. Sesekali perasaan takut merasuk ke jiwa dan pada saat lain berasakan kemantapan dan ketenangan.

Sesekali terbayang api neraka yang membakar dan sesekali pula hembusan sejuk angin syurga menerpa, lantaran itu pengenalan terhadap alam akhirat menjadi penting dan sempurna sebelum hari yang dijanjikan itu tiba.

Firman Allah yang bermaksud:

“Hari kiamat; apakah hari kiamat itu? Tahukah kamu, apakah hari kiamat itu? Pada hari itu manusia adalah seperti anai-anai yang bertebaran dan gunung-gunung adalah seperti bulu yang dihamburkan.” (Surah al-Qariah, ayat 1-5)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Pada hari ketika manusia lari daripada saudaranya, ibu bapanya, isteri dan anaknya setiap orang daripada mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkan.”

Demikian paparan yang diungkapkan al-Quran mengenai peristiwa yang mengerikan. Ungkapan pemandangan kiamat tentu meresap, membangkit kesedaran dan keinsafan. Betapa hari kiamat senantiasa menjadi perhitungan dalam hidup. Ia begitu lekat dalam hati dan lisan. Lantas kita pun bersungguh-sungguh melaksanakan kewajipan dan ketaatan.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Allah akan melipat petala langit di hari kiamat lalu menggenggam dengan tangan kanan-Nya seraya berkata; Aku Raja segala raja! Di manakah orang yang membesarkan diri? Di manakah orang yang menyombong diri? Kemudian Dia melipat bumi dengan tangan kiri-Nya seraya berkata: Akulah Raja segala Raja! Di manakah orang yang menyombong diri?”

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya kamu tidak akan dapat menembus bumi dan kamu tidak akan mencapai setinggi gunung.” (Surah al-Isra’, ayat 37)

Kesombongan itu menggelapkan jalan ke syurga, merosak pergaulan, merenggang pertalian, memecah perpaduan. Al-Quran sebagai mukjizat dan penawar selayaknya ditampilkan sebagai panduan, peringatan bukan sekadar bacaan dan nyanyian malah sebagai penyatuan serta keinsafan.

Justeru, al-Quran sebagai mukjizat dan penawar bukan saja untuk dihayati keindahannya, malah memberi petunjuk untuk membina ketaatan, menjadi orang beriman yang membela kebenaran, memelihara diri daripada dosa dan kemurkaan.

Mengingati hari akhirat memberi kesedaran dan keinsafan bahawa penghujung jalan terbentang suatu lagi perjalanan yang masih panjang.



Kata-kata Aluan

Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog Pengajaran dan Keinsafan.

Saya amat berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan anda semua ke Blog Pengajaran dan keinsafan. Saya berharap dengan melayari blog ini anda akan melihat kualiti-kualiti hadis dan cerita-cerita yang boleh membuatkan kita berfikir sejenak.

Dengan ada blog ini, saya berharap agar tuan-tuan dan puan-puan mengacess selalu blog ini untuk mendapat artikel-artikel yang terbaru yang terbaik untuk menjadikan panduan bersama. saya berharap juga, segala ilmu yang kita perolehi dapat sama-sama kita kongsikan dengan umat islam yang lain untuk kita sama-sama menuju kejalan yang satu iaitu kejalan yang benar.

Blog Pengajaran dan Keinsafan ini merupakan pemangkin kepada semua umat islam di Malaysia dan seluruh pelusuk dunia. Dengan pelbagai artikel-artikel yang akan di terbitkan dapatlah sama-sama kita memperjuangkan hak asasi manusia yang berlandaskan islam. Blog Pengajaran dan Keinsafan berikrar untuk berusaha dalam mempertingkatkan inovasi dalam memastikan artikel-artikel kami akan memberi manfaat kepada semua.
Dengan ikhlas saya berharap Blog Pengajaran dan Keinsafan ini akan dijadikan pintu masuk untuk membolehkan anda melihat blog ini secara keseluruhan.

uday
admin pengajaran dan keinsafan
Related Posts with Thumbnails