Custom Search

Wednesday, September 23, 2009

SEDUTAN KHUTBAH BULANAN

1. ILMU MENJANA KEMAJUAN UMMAH

Islam menganjurkan umatnya agar mencari ilmu di samping mempertingkatkan penguasaan dan kemahiran demi mempertabatkan diri, masyarakat agama dan negara. Ilmu pengetahuan merupakan aset utama dalam kehidupan setiap insan. Islam telah meletakkan kedudukan ilmu pengetahuan sebagai pencetus kebahgiaan manusia di dunia dan akhirat. Ilmu berada pada tahap yang tinggi dalam membina tamaddun kehidupan manusia. tanpa ilmu pasti hidup kita berada dalam kemunduran dan kemiskinan.

Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa ketinggian ilmu pengetahuan merupakan ukuran dalam membezakan antara kemajuan dan kemunduran sesuatu bangsa. Firman Allah SWT melalui surah az-Zumar ayat 9 yang bermaksud: "...Katakanlah adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui, sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna:.

Ilmu pengetahuan juga merupakan unsur penting dalam usaha kita mencapai tahap kesempurnaan iman kepada Allah Taalla kerana kedudukan ilmu tidak dapat dipisahkan dengan amalan yang dilakukan oleh seseorang muslim untuk memelihara imannya.

Sesungguhnya dengan ilmuhidup kita menjadi lebih teratur dan terarah. Para Hukama' ada menyebutkan bahawa: "Sesungguhnya insan bukanlah semata-mata diukur pada keturunan, kedudukan, kekayaan,, rupa paras atau warna kulit semata-mata, tetapi ianya dinilai dari segi keilmuan, keimanan serta ketakwaan kepada Allah SWT".

Sesunggguhnya Alllah SWT telah memberikan jaminan kepada hamba-hambanya yang berilmu, beriman dan beramal kepadanya dengan mendapat darjat yang tingggi. ini kerana dengan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dan keimanan yang teguh akan melahirkan insan yang mulia di sisi Allah. Firman Allah di dalam Surah al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud: "Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pegetahuan beberapa darjat dan (ingatlah) Alllah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan".

Ada lagi..sila DOWNLOAD untuk khutbah penuh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails